Hye... welcome tu my blog.. hope u enjoy it ...


Sunday, August 21, 2011

Shin Se Kyung & Jong Hyun Putus?

Pelakon Shin Se Kyung & Jong Hyun SHINee dah tak lagi bersama sebagai pasangan kekasih, lapor agensi Shin Se Kyun. Difahamkan, perpisahan tersebut berlaku disebabkan masing-masing gagal memberi komitmen pada hubungan cinta yang dijalin kerana kesibukan karier. Oleh itu,dorang mengambil keputusan untuk berpisah & berkawan seperti biasa. "Jong Hyun sibuk dengan aktiviti bersama SHINee. Manakala Shin Se Kyung pula sibuk dengan aktiviti penggambarannya. Walaupun masing-masing menpunyai perasaan antara satu sama lain, namun kesibukan karier menyebabkan dorang gagal bersama," tambah jurucakap agensi pelakon wanita berusia 21 tahun.








Saturday, August 20, 2011

ALL ABOUT SHINee!

Wow~~Bling Bling SHINee telah debut di Jepun dengan album terbaru mereka, <Replay - Kimi wa Boku no Everthing>! Bagaimankah perasaan mereka debut di Jepun? Apa yang fanz Jepun suka dengan mereka? Tanpa berlengah, jom kita dengarkan percakapan Bling Bling SHINee!



epop: Apa perasaan kalian debut di Jepun?
Jong Hyun: Berita ini diumumkan sejak bulan Dis tahun lepas, kami amat menantikan debut di Jepun.
Onew: Hmm...kami rasa amat gementar di samping menantikan debut di Jepun. Kami peroleh kayakinan melalui sokongan fanz Jepun.



epop: Apa perbezaan antara lagu <REPLAY> versi Korea dan Jepun?
Onew: Lagu<Replay> versi Korea gambarkan rasa cinta seorang remaja terhadap wanita. Versi Jepun pula gambarkan rasa cinta antara sorang lelaki dan wanita yang punya peringkat umur yang sama.



epop: Apa yang menarik tentang album <Replay: Kimi wa Boku no Everything>?
Min Ho: Saya syorkan fanz dengar bahagian lagu yang mengulangi 'Replay-Replay~'
Onew: Setuju! Hehe, hanya dengar sekali je, awak akan terus dengar bahagian lagu yang seterusnya.
Key: Menjelang akhir lagu, member masing2 menyanyi dan rap secara spontan. Tae Min juga tampak amat bergaya ketika menari solo!



epop: Setamatnya aktiviti di Jepun, apa perkara yang kalian buat?
Key: Saya sedang tekun belajar bahasa Jepun!
Tae Min: Saya belajar bahasa Jepun melalui lagu J-POP
Onew: Tae Min betul2 amat suka J-pop, dia selalu dengar lagu J-POP, hehe!




epop: Apa lagu J-POP kesukaan kalian?
Min Ho: <Milk Tea> nyanyian Fukuyama masaharu.
Key: <Close Your Eyes> nyanyian Hirai Ken.
Onew:<First Love> nyanyian Utada Hikaru
Jong Hyun: Saya amat suka lagu L'Arc-en-Ciel, tapi saya dah lupa nama lagunya
Tae Min: <Moonlight> nyanyian Onitsuka Chihiro. Saya amat suka suara nyanyian Onitsuka Chirhiro. Suaranya amat sedap, saya selalu dengar lagunya.




epop: Apa karisma kalian di mata fanz Jepun?
Onew: Hmm...saiz kaki? hahahaha!
Tae Min: Wajah angelic.. haha! senjata terhebat Shinee ialah mempunyai bakat persembahan terhebat yang menonjol!
Key: SHINee tak hanya fokus pada satu bidang, tapi banyak bidang. SHINee mampu buat trend. Di Jepun, kami juga nak buat trend seperti 'inilah persembahan kami SHINee!' oh ya,matlamat kami adalah adakan konsert jelajah di seluruh Jepun dan Tokyo Dome!
Jong Hyun: Daripada banyak bercakap, baik kami buat persembahan yang terbaik dan menantikan sambutan fanz terhadap persembahan kami.



epop: Siapakah orang yang paling kalian kagumi?
Min Ho: Appa saya, jawapan saya tak pernah berubah selama ini. Appa saya telah ajar saya banyak perkara, hubungan kami amat baik!
Key: Tentulah appa saya.!
Jong Hyun: Omma saya yang sentiasa lemah lembut. Omma saya seoramg yang berazam kuat, tak kira berhadapan dengan siapa, dia mampu sampaikan pemikirannya sengan jelas.
Onew: Suzuki-san yang bekerja di syarikat rakaman EMI Jepun. Dia telah ajar saya banyak jenaka lapuk.
Tae Min: Guru bahasa Jepun saya. Saya amat iri hati dengan kefasihan berbahasa jepun.



epop: Apa perkara yang mesti dilakukan kalian selepas bangun pagi:
Min Ho: Minum air!
Key: Makan nasi dan minum banyak air.
Jong Hyun: Minum air, kemudian makan pisang atau makanan seperti ubi keledek.


epop: Apa yang biasa kalian lakukan pada masa cuti?
Min HO: Bersenam dan belajar bahasa jepun
Key: Berlatih, bersenam dan buat perkara kesukaan saya.
Jong Hyun: Berlatih manyanyi.
Onew: Err.. tidur, kemudiannya bangun berlatih menyanyi.
Tae Min: Bersenam, mennyanyi dan menari.. oh ya belajar bahasa jepun



epop: Nyatakan 3 benda yangkalian mesti bawa ke pulau tiada penghuni?
Min Ho: Handphone, member SHINee, dan ramen ala korea.
Key: Handphone, periuk, pemetik api atau bahan bakar.
Jong Hyun: Handphone, kapal terbang dan juruterbang. Saya nak balik ke bandar dengan menaiki kapal terbang, tapi saya tidak reti memandu kapal terbang, oleh itu saya perlukan juruterbang, hehe!
Onew: Omma, Chingu dan pisau dapur.
Tae Min: Chingu yang banyak, air dan kapal ternabg yang ulang alik dari pulau ke lokasi yang dikehendaki.




epop: Apa yang telah kalian beli kebelakangan ini?
Min Ho: Sneaker
Key: Gelang tangan kulit Givenchy
Onew: Ayam goreng yang sedap
Tae Min: T-shirt




epop: Apa warna kesukaan kalian?
Min Ho: Warna putih yang nampak bersih dan segar
Key: Saya suka semua warna, tapi kebelakangan ini saya lebih suka warna floral pink.
Jong Hyun: Saya suka warna hitam. Banyak baju yang saya beli berwarna hitam!
Onew: Putih dan hitam! Saya suka warna monokrom!








p/s: vedio SHINee REPLAY version JEPUN!






~diadabtasi drpd majalah EPOP.
~hak milik nur syahirah sndr.





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA